Wednesday, May 28, 2008

Semangat yang hilang

Berita Utama dalam Buletin TV3

Ezam menyertai UMNO dengan keahlian seumur hidup. Berita ini telah lama digembar gemburkan, malah Ezam tidak lagi bersama PKR sejak sebelum PRU12. Terpisahnya idola ini dari jeritan reformasi yang dilaungkannya 10 tahun dulu telah melontarkannya keceruk kampung yang terpinggir! Rasa teruja dengan kemampuannya berpidato setanding DSAI kini telah hancur dan musnah! Apakah Ezam tidak peka dengan rakan-rakannya yang tetap teguh dengan DSAI dan juga seluruh rakyat yang menyokong PKR! Hilang rasa hormatku kepadanya! Dimana keprihatinan Ezam! Aku tak faham!

Mungkin Ezam ada agenda sendiri. Aku tak nampak usaha untuk reform (inilah yang menariknya ke dalam UMNO) sebagaimana yang kerap disebut olehnya semasa ditemuramah! Walau apa pun, kita tunggu sejauhmana reformsi ke atas seluruh sistem pentadbiran yang haru biru ini dapat dibawanya! Moga-moga Ezam berjaya!

Aku tak sabar tunggu DSAI jadi PM!

No comments: