Wednesday, May 14, 2008

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, terima ucapan melalui sms daripada anak-anak, adik dan rakan-rakan. Mudah sungguh hari ini! luahan hati ditampilkan melalui tulisan ringkas yang menyengat rasa. Cepat, mudah dan menepati kehendak semasa. Orang Melayu memang berat nak menyatakan perasaan hati dan penghargaan pada ahli keluarga - lidah kelu nak berkata-kata, jari jemari memetik aksara meluahkan yang terbuku dalam jiwa raga!
Sebenarnya hari-hari, sepanjang masa adalah hari ibu! Ibu - melakukan multi task!, sangat kreatif, pandai merancang walaupun tidak pernah tertulis dalam planner! Benar kesyahduan nyanyian Aishah - Ibu segalanya!

Setiap orang pasti mengatakan ibu adalah yang terbaik bagi mereka! Banggalah jadi seorang ibu...................................................

No comments: