Monday, August 4, 2008

Merdekakah kita?

Bersama-sama Azizah, rakan sekerja memandu pelajar yang akan membawa nama kolej ke Perayaan Sambutan Kemerdekaan IPMa di KPM Seri Iskandar. masa tak banyak, tetapi insyaallah dengan keterlibatan dan kesungguhan semua mereka, harapan tetap ada. Buktikan anda bakal ke negara luar, pengalaman dan bakat yang ada ini boleh dijadikan tapak untuk menguji setakat mana anda mampu membawanya ke India, ke NZ atau ke Aussie....

Malam ni mereka nak mencari satu kepastian, lagu apa yang akan dikumandangkan di KPM SI nanti. juga nak merangka plot sketsa untuk dipentaskan di SI tu. Nak memulihkan mood dan nak dapatkan feel untuk deklamasi sajak- nasib baiklah Isyam dah mendeklamasikannya di Taman Budaya NS awal bulan lepas. Pemidato, Atikah nampaknya berusaha keras untuk pastikan bahan syarahannya nanti menepati kehendak pertandingan.... harapan kami agar lebih darpada itu. Pantun, ada dah yang bantu menyediakannya, namanya yang akan turut serta ... lupa lah pulak. Yang nak terbabit sebagai peserta menyediakan Poster bertema pun dah menerima tanggungjawabnya.... bersedialah...untuk diri sendiri disamping mendokong harapan seluruh warga kolej.

Satu lagi yang paling besar..... perbarisan, Mutalib sudah berhubung dengan tentera, ada lah Pak sarjan yang akan membimbing kelak.... Bawalah harapan, sesuai dengan semangat bahawa kita bebas yang ada kawalan lah dan hidup merdeka.

moga-moga uasaha itu adalah tangga kita untuk menggapai kejayaan! Bravo beb.

No comments: