Saturday, June 21, 2008

Kopi Susu Sepatu biru oleh Ruby Hazri

Menarik, apabila menatapi tajuk novel Ruby Hazri ini dan memang benar kita akan terus membaca nya kerana penceritaannya sangat dekat dengan persekitaran kita. Kisah anak-anak muda yang menggunakan segenap ruang yang ada dengan peluang memunggah segala macam keinginan meningkatkan kemahiran mendekati orang lain tanpa pernah kenal siapa mereka itu! Sesuai dengan intuisi mereka, kekuatan fizikal diikuti dengan kecekalan menempuh badai kehidupan di alam maya, mereka sebenarnya anak-anak yang kaya dengan cita-cita dan penuh usaha walaupun kadangkala dilihat sangan jauh dari adap budaya kita yang hidup di desa dan kampung!.

Ruby menemukan kita dengan ketabahan Emy, bersama rakan serumahnya Khaliza dan Azwa yang berlainan perilaku tetapi memiliki kefahaman yang satu tentang lelaki, jiran mereka yang menyewa disebelah rumah sewaan mereka! Kita dapat merasakan suasana yang begitu menekan perasaan apabila mereka berdepan dengan situasi yang menuntut kekuatan fizikal lelaki - kereta rosak di tengah jalan, menambah sesaknya jalan dan pada waktu ini mereka tidak ada cara lain, ego perlu diketepikan! Saya melihat konflik antara watak Emy dan Mat terus ditengahkan oleh Ruby. Pada situasi begini kelihatan suatu klise dalam perjalanan kehidupan manusia yang akhirnya membawa kepada wujudnya hubungan cinta - benci, marah-marah, jual mahal dan kekerapan berjumpa, kadangkala atas kebaikan yang satu lagi pasti menimbulkan kekesalan pada yang satu pihak lagi! dan akhirnya berputiklah rasa sayang dan kalau tidak bertemu, rasa hidup tidak bermakna!

Memang saya teruja dengan plot yang digunakan oleh Ruby. Kita sentiasa nak tahu apa yang berlaku selanjutnya kerana dia bijak meninggalkan tanda tanya kepada pembaca......
Buku masih ditangan saya....... belum habis baca oleh kekangan tugasan yang lain.

2 comments:

ruby said...

Salam Puan Hasmah,

Terima kasih dengan sebuah ulasan yang ikhlas dan jujur tentang karya Kopi Susu Sepatu Biru saya. Saya baru temui ulasan ini tadi.

salam kenal
-ruby hazri-

Hasmah Markom said...

Oh , rupanya saya tidak bersendirian. Alhamdulillah dan terima ksih kerana penulis semdiri memberikan response atas apa yang saya catatkan. benarlah dunia maya mewujudkan hubungan tanpa kenal wajah! Mungkin ada novel lain yang juga komedi sifatnya? waktu-waktu dah menjangkau usia emas ni, rasanya tak mahu dibebani dengan perasaan sedih, bimbang dan derita - rasanya emosi begini sudah lama ditinggalkan......Ingin juga mengenali lebih dekat, kiranya ada ketika yang lain.

Salam disambut