Kesibukan dikejar tugas yang tidak berjadual telah memberikan satu kekangan waktu yang kadangkala mahu diminta masa betambah menjadi 30 jam sehari. Inilah kelemahan manusia. Kurang bijak menggunakan masa yang ada. Allah menjadikan kita dengan kelebihan yang besar dari makhluk yang lain. Gunakan akal dan dari fikiran inilah kita dapat meneruskan kehidupan harian dengan seadanya. Semua telah ditentukan olehNya!
Kehadiran Dato Dr Ibrahim Ahmad Bajunid di KMS, walaupun melewati masa yang telah dijanjikan, namun segalanya dalam perancangan Allah, telah menyerlahkan kedangkalan ilmu yang aku miliki. Tiba dari UAE dan sukar mendapat teksi ke Seremban dan bila sampai mengambil masa sedikit untuk terus ke Jalan Aminuddin Baki berdepan Klana Resort. Walau bagaimanapun, aku sangat mengkagumi kesungguhan beliau untuk datang memenuhi janji yang telah dibuat. Dalam hati, aku panjatkan doa semoga Allah memudahkan segala urusan mereka yang berjuang demi mengembangkan ilmuMu Ya Allah!
Beliau banyak membentangkan pengalaman dan pandangannya yang tentunya berbalik kepada kepentingan ilmu dan pendidikan. Sesekali beliau menarik perhatian peserta dengan perkembangan politik sekarang. Yang tersirat dapatlah aku meletakkannya dalam kelompok yang memang mahukan perubahan!

Alhamdulillah, walaupun hanya 2 jam berada di KMS, Dr. Ibrahim telah memberikan panduan dan idea yang dapat aku gunakan dalam tugasan dan kehidupan ini. Segalanya terserah kepada kita sendiri. Memang benar kelemahan kita bukan kerana kita tidak bijak tetapi kita kurang mengunakan ilmu yang diperoleh dengan kebijakan yang Allah berikan. Kita lebih banyak mengharap dari berusaha, mahu cepat, tak mahu susah-susah dan mengambil mudah atas segalanya! Perancangan itu paling utama, membaca itu penting menggilap fikiran dan meluaskan pandanagan. Jelasnya sentiasalah membaca.................................
Ahad,
Walaupun sibuk tapi masih selesa menjalani masa-masa yang bergerak. Nampaknya boleh juga mengemaskinikan kandungan blog ini. Masih sempat meluahkan sesuatu yang terbuku dalam benakku. Betullah kata-kata kaki blog, hari ini aku temui Jiwarasa dalam BM dan pandanganku juga singgah pada wajah Sang Kelembai. Tabiklah aku kepada blogger yang sangat bertanggungkawab ini. Aku boleh tahu dan kenal mereka atas maklumat yang jelas pada blog mereka. Syabas........... teruskan menulis .
No comments:
Post a Comment